Friday 19 October 2012

Salam Eidul-Adha......

Salam Eidul-Adha buat Anakcucucicit TokSomTokwanNasir semua..... Assalamualaikum Wrth wbrkth. Alhamdulillah.. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT atas segala limpah kurniaNya kepada kita diatas mukabumiNya ini.....
Syukur kita kerana dengan izinNya masih lagi dipertemukan kita dengan Zulhijjah 1433H kali ini,semoga kedatangan Eidul-Adha kali ini mengingatkan kita akan erti dan hakikat Pengorbanan yang sebenarnya,pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam menjalani hakikat kehidupan sebagai hamba Allah diatas mukabumi ini,pengorbanan yang telah dipercontohkan kepada kita oleh baginda Rasulullah SAW dan juga generasi sahabat-sahabat assabiqun-nal-awwalun dahulu. Hakikat bagaimana sahabat-sahabat telah mengorbankan seluruh hidup meraka untuk ISLAM ini sendiri,Islam yang dapat kita sama-sama kecapi hingga kehari ini..... Semoga Islam yang telah kita kecapi ini akan dapat diteruskan oleh seluruh generasi akan datang secara keseluruhannya...inilah tanggungjawab yang perlu kita pikul..inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan... waaima siapa kita sekalipun..... Sempena dengan Hari Raya Qurban kali ini,alhamdulillah kita anakcucucicit TokSomTokWanNasir setakat ini telah berjaya mengumpul kira-kira 3 ekor lembu untuk di korbankan ditambah dengan satu ekor lagi hadiah korban dari dermawan yang telah juga banyak membantu dalam pembinaan surau Kg.petani sebelum ini,iaitu sahabat kepada Ustaz Muhammad Saufi kita.. Alhamdulillah... Walaubagaimanapun sehingga ini masih ada lagi4 tumpok untuk diisi bagi sesiapa yang berhajat....RM380/= setumpok. Upacara sembelihan korban seperti biasa akan dijalankan dikawasan sekitar rumah Arwah Pak Lang Aziz dan dijangkakan akan dibuat pada hari raya yang ke-2... Semua anakcucucicit TokSomTokWanNasir adalah dijemput kemajlis ini samada yang ada bahagian didalam Korban ataupun yang tidak mengambil bahagian didalam Korban pada kali ini.... Marilah sama-sama kita jalinkan hubungan Silaturrahim sesama kita,kita eratkan hubungan kekeluargaan kita,kita mesrakan jalinan ukhwah Islamiah diantara kita,kita jaga jalinan Genekologi generasi kita dihari yang mulia ini....
Akhir kata marilah kita bermaaf-maafan sesama kita dengan lafaz..; " Taqabbalallahuminnawaminnkum " ( Semoga Allah menerima amalkita semua yakni amal kami dan amal kamu ) Ikhlas Pak Su Jaman Batu Kawan, Penang.

Wednesday 15 August 2012

Salam Eidil-Fitri 1433H

Salam buat Anakcucucicit Tok Som Tok Wan Nasir semua;..macammana dengan Ramadhan yang dah nak berlalu tak berapa hari saja lagi....pecutan akhir yang kita buat kali ni rasanya ok ka..... Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya......moga keluarnya kita nanti dengan sama-sama mendapat pengampunan dari allah SWT harapnya… “ Wahai Tuhan yang maha pengampun,yang suka memberikan pengampunan ,maka ampuni akan kami ,Ya Allah..”… Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini akan meninggalkan kesan kepada kita jua......semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini adalah yang terbaik yang dapat kita sama-sama laksanakan.... Semoga bulan yang dijanjikan kerahmatan,pengampunan dan pembebasan dari Api Neraka dari Rabbul Jalill Allah SWT ini menjadi milik kita bersama ....semoga Lailatul Qadr yang menjanjikan kebaikan bersamaan dengan seribu bulan itu dapat kita lkecapi bersama jua hendaknya....makin sayu rasanya hati bila bulan yang penuh dengan barokah ini akan berlalu meninggalkan kita, apakah kita mampu untuk berjumpa lagi ataupun tidak ditahun hadapan hanya Allah saja yang mengetahuinya... Semoga baki yang ada lagi ini dapat kita pergunakan sepenuhnya agar makna bulan barokah ini dapat memenuhi serta menepati maksud sebenar dari Tarbiah Ilahi ini.. jua agar keluarnya kita nanti adalah dalam keadaan " Laallakum Tattaqunn "...... Semoga Tarbiah Ramadhan yang bakal berlalu ini akan dapat kita tempuhi lagi dimasa-masa akan datang, Insya-Allah… Seterusnya marilah sama-sama kita sambut ketibaan Syawal yang bakal tiba ini dengan kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita dengan penuh rasa ubudiyyah kita kepada Allah SWT.....
Sempena Eidil-Fitri yang bakal tiba nanti disini Pak Su ingin mengucapkan Salam Eidul-Fitri untuk semua Anak CucuCicit TokSom TokWan Nasir sekelian……. Wallahualllam...... “Taqabbbalallahuminna Waminnkum” Pak Su Jaman

Saturday 21 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H



"Allahummabariklana fi Rojaba wa Sya'abana waballighna Romadhona"

"Ya Allah berkatilah akan kami didalam bulan rejab ini serta juga bulan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan "

Assalamualaikum wrth.
Anakcucucicit TokSomTokwanNasir semua,

Lama juga Pak Su tak berceloteh dilaman ini,sibuk dengan bermacam-macam aktiviti harian sehingga tak dan nak duduk tang ni....tapi tak pa la.....semuanya Alhamdulillah masih lagi dalam naungan dan lindungan Allah swt jua hendaknya....

Sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah kita rupanya....masa berlalu cepat sekali... tu lah kita ni....hari tu ada dengar ustaz kata kalau masa kita sibuk dengan benda-benda yang kurang manfaat dia akan terasa cepat masa tu berlalu tapi kalu ianya bermanfaat, insya-Allah tak la terasa cepat macam tu saja.....moga masa-masa kita yang berlalu adalah masa yang bermanfaat hendaknya.....


Anakcucucicit TokSomTokwan Nasir semua,

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini diharapkan adalah ramadhan terbaik kita hendaknya, pun tidaknya ianya adalah lebih baik dari tahun sebelum ini..... macamana dengan kualiti Puasa kita, camana dengan  Tadarrus kita...macamana dengan solat tarawikh kita....qiam kita dan lain-lain lagi ibadah yang nak kita gilapkan kembali setelah sebelas bulan kita bergelumang dengan amal-amal harian kita  yang ada kalanya tinggi dan ada kalanya menurun rendah...... semoga kita termasuk kedalam gulungan yang apabila turun iman nya itu ianya kembali kepada Al-Quran dan juga Sunnah Rasullullah SAW..... begitulah yang juga kita harapkan dari TAMRIN ILAHI RAMADHAN ini.... semoga kita dapat tingkatkan amal-amal qhowi kita yang dapat kita buat apabila berakhirnya Ramadhan kali ini.........


Akhirul kalam marilah kita sama-sama rebut peluang yang terhidang ini dan juga raikan sebaik mungkin TETAMU yang telah datang ini sebaiknya kerana tetamu ini membawakan kita berbagai macam hadiah yang tak ada tolok bandingnya.....

" Rahmat diawalnya,kemaafan dipertengahannya dan pembebasan dari API NERAKA diakhirnya  .."
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang Terbaik yang mampu kita laksanakan...

Wassalam......

Pak Su Jaman

Saturday 11 February 2012

Lantunan Mahabbah......1433H @ 2012M

Assalamualaikum wrth. buat Anakcucucicit TokSomTokWanNasir semua.....

Alhamdulillah....marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya jua kita masih lagi mampu untuk terus bernafas dan meneruskan lagi baki-baki kehidupan kita diatas mukabumi Allah SWT ini....syukur yang tidak terhingga juga kita panjatkan kerana masih lagi mengekalkan kita didalam rahmat terbesarNya yakni Al-Islam itu sendiri.... satu anugerah terbesar walaupun kita dapatnya secara tidak lansung,tapi ia adalah satu kesinambungan dari generasi terdahulu yang terlebih dahulu diberi cahaya ini dari Allah SWT.....kalau tidak jadilah kita sepertimana mereka-mereka lain yang masih lagi belum mendapat hidayah ini dari Allah SWT........

Alhamdulillah........

Sedar tak sedar 1432H telah berlalu dan 1433H dah masuk bulan Rabiul Awwal dan 2012M    pun dah mencecah ke 1/3 Februari........tulah dalam kesibukan kita menguruskan diri dan keluarga serta dalam kekalutan kita mencari rezeqi Allah swt diatas mukabumi ini,kekadang kita terasa masa berlalu begitu pantas sekali.....semoga segala gerak kerja kita ini turut dikira sebagai amal qhowi kita yang boleh kita bawa bersama bila kita mengadap Allah swt nanti..... konsep Islam As Our Way Of Life ini perlu berjalan senantiasa dalam kehidupan kita agar segala kerjabuat kita adalah amal soleh kita yang boleh kita bawa bersama nanti waaima apa kita buat, samada di pejabat,sekolah dan juga diluar waktu pejabat atau sekolah..... semuanya kita juruskan untuk kita cari redho Allah swt dalam semua hal..... barulah segala kepenatan kita menguruskan diri, keluarga dan urusan kerja kita dapat kita buat seikhlas mungkin agar catatan yang diterima adalah catatan amal baik kita yang ganjarannya adalah Insya Alah pahala dari Allah swt......

Anakcucucicit TokSomTokWanNasir sekelian......

Adalah menjadi harapan ditahun baru ini azam kita juga dapat kita perbaharui agar ianya adalah azam yang lebih baik dari tahun sebelum ini....agar azam ditahun ini adalah lebih realistik dan mampu dicapai dan digapai oleh kita semua......Insya Allah, jika kita sentiasa bina dan jaga akan hubungan intim kita dengan Allah SWT... maka semua yang kita buat akan sentiasa kita hubungkan denganNya....

  " Kita merancang dan Allah merancang dan perancangan Allah itulah sebaik-baik perancangan..."

Apa saja yang kita buat,kita minta Allah swt tunjukkan kepada kita jalan yang terbaik.....
samada kita sebagai seorang pelajar,guru,pekerja,bekerja sendiri dan sebagainya kita harapkan yang terbaik dari Allah swt kepada kita........
Kita yakin dengan janji-janji Allah kepada hamba-hambaNya dimana Allah swt tidak akan mengubah keadaan atau nasib sesuatu ummat itu sehinggalah ummat itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.....yakni kita yakin Allah swt akan bagi yang terbaik setelah kita berusaha untuk cuba dapatkan yang terbaik itu..... yang terbaik itu tak akan datang bergolek tanpa usaha yang kuat dan gigih dari kita sendiri.....jadi buat Anakcucucicit TokSomTokWanNasir semua,berusahalah sebaik mungkin kerana kita yakin akan pertolongan Allah swt ini.....kita yakin hanya Allah swt sahaja yang mampu membantu kita dalam apa hal sekalipun.....sebagai pelajar, berusaha dan berdoalah bersungguh- sungguh serta bermunajatlah kepada pertolongan Allah SWT dengan penuh pengharapan....begitu juga dengan kita yang dah bekerja dan ini...mohonlah kepada Allah dengan juga bermunajat dan berdoa kepadaNya......

Akhir kata, semoga tahun ini akan membawa seribu kejayaan dan kebaikan buat kita semua.....

Yang baik itu dari Allah SWT jua dan yang kurang baik itu adalah dari diri kita sendiri sebagai hambaNya yang dhoif ini.....


Wasssalam....

Pak Su Jaman
17 Rabiul Awwal 1433/10 Februari 2012

Saturday 17 December 2011

Ashuraa 1433H Kg Petani


Alhamdulillah Rabu tanggal 18 Muharram 1433 bersamaan 14/12/2011 yang baru lalu sebahagian dari Anakcucucicit TokSomTokWanNasir macam tahun-tahun yang lalu jugalah pakat berkumpul beberapa keluarga yang dekat-dekat macam keluarga Allahyarham Pak Lang,keluarga Pak Nyang, Pak Tam ,Teh Mah, Cik Pah dan Keluarga Pak Su tumpang mai sama ke Kampong nak pakat-pakat meriahkan suasana tumpang masak bubur Ashuraa @ bubo suro...... pakat bawak mai sorang sikit benda-benda yang nak campor...ada yang bawa pisang,ubi,kacang kuda dan beberapa bahan lagi la untuk dicampor dalam bubo suro ni....

Ramai chef dok ada,boleh kata semua chef belaka la.....bubo suro ni bukan pakai tepong tapi bubo suro beraih.....kacau dalam kawah baru boleh dapat kala dia tu hitam sikit....... nak bagi masak pun kena kacau sampai beberapa jam....Pak Su sampai kg ari tu lambat juga la pasai kena kereja dulu, dekat pukoi 3 petang baru sampai,.....dan la tumpang kacau sikit....Mak Su and Gang dah mai dulu dah...mak su azam tahun ni dia kata nak pi awai sikit..dah kawin dekat 23tahun dah sekali pun tak dan nak belajaq betoi2 lagi cara buat bubo suro kg petani ni....depa kata sedap sangat.....tapi sungguh,memang sedap.....bawa sikit pi pejabat ari tu..depa pakat puji habih...ada yang kata tak pernah makan lagi hat sedap macam ni ni..,nak tempah boleh ka, ada yang tanya......hehe...itulah rahsianya chef2 kita ni.... harap2 Mak Su pi ari tu dapat dah la rahsia tu......Sebenarnya makan pun bukan banyak sangat,tapi suasana tu yang seronok....
Makan tengahari tu sakan jugak...lauk sampai penuh pinggan,tambah dengan ulam2 dia lagi...pehh...sedap abihh....ada gulai ikan kering,masak asam ikan,ayam goreng, sambai bilih petai,sambai belacan khau,...dan macam2 lagi la......

Selalunya tahun2 yang lalu ada Mak Nyang Rodhi sekali tapi kali ni..Mak Nyang dah tak dak dah...Mak Nyang dah kembali kerahmatullah pada tanggal Jumaat 18/11/2011,hanya Pak Nyang yang pulun kacau hari tu...anak2 semua kereja....
Semoga roh Mak Nyang dicucuri rahmat dari Allah SWT..... tiap yang hidup itu pasti akan mati,kembali bertemu penciptanya.....kitalah generasi yang akan meneruskan kesinambungan legasi ini..... kitalah generasi pewaris kepada legasi ini......marilah kita buat yang terbaik untuk peninggalan kita buat legasi ini....Anakcucucicit TokSomTokWanNasir ......
Hari tu dalam dok sembang2, adalah juga cadangan untuk pakat2 kumpoi duit siap2 dari lani untuk pakat2 kita buat Qurban pada Hari Raya Haji 1433H nanti......nak kira bulan payah juga la ,jadi kita kira musim la,semusim RM200, dua musim dapat la setumpok, la ni setumpok RM 400.....pakat setuju dah la.....mai kita pakat kumpoi , duit bagi kat Mak Lang Zainab pun tak pa....sapa nak bagi teruih RM400 pun tak pa, ikut la nak dapat berapa tumpok,banayk tumpok banyak ekoq la lembu yang akan korban nanti .....meriah juga kalau dapat kumpoi anak beranak ramai2 ni.... bukan senang nak jumpa pun....kalu tak dak macam ni ka,kematian ka,kenduri kahwin ka....payah juga nak bekumpoi.....jadi mai kita pakat beramai2 main kut musim ni untuk bagi jadi QURBAN kita nanti....Insya Allah......



Wassalam....

Pak Su Jaman

Saturday 24 September 2011

Uwais Al-Qarni......Siapa Dia.!!!



Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpernampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang, tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, kerana ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tidak berhasil dengan baik, kerana hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula olehnya, seraya berkata:
"Aku khawatir, nanti sebahagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Pemuda daripada Yaman ini (Uwais) telah lama menjadi yatim, tidak punya sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk sekadar menumpang keperluan hariannya bersama ibunya, bila ada kelebihan, dia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad S.A.W  yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika dia pergi, tidak ada yang akan merawatnya.
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau S.A.W, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup di hatinya meninggalkan ibunya sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham akan hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat dan dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan sambil mencium sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu ganas dilaluinya, tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirindukannya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah
R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau S.A.W tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit).
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais, waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
" Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan.
Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah.
Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni?
Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa,
yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk
mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
- Artikel iluvislam.com
Sumber Grafik: Google Image

Biodata Penulis

Anuar Azemi merupakan seorang pengembara yang mencari arah cahaya dan ketenangan dalam meyakini-Nya (Haqqulyaqiin) di Bumi Tuhan ini. Pemilik bagi blog: haqqulyaqiin.blogspot.com.

Monday 5 September 2011

KEMPEN PUASA SUNAT SHAWAL..AYUHHH..



FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN
                        Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
                        Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzursyar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
                        Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabdaNabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaanAllah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                        Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                        Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                        Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                        Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                        Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3.    Puasa pada bulan Muharram
                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                        Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari."(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
6.    Puasa bulan Sya'aban
                        Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w."Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                        Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)
7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                        Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                        Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w.mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                        Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                        Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                        Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
                       Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                        Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                        Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                        Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                        Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2.    JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3.    ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4.    NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA  JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)