Saturday 11 February 2012

Lantunan Mahabbah......1433H @ 2012M

Assalamualaikum wrth. buat Anakcucucicit TokSomTokWanNasir semua.....

Alhamdulillah....marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya jua kita masih lagi mampu untuk terus bernafas dan meneruskan lagi baki-baki kehidupan kita diatas mukabumi Allah SWT ini....syukur yang tidak terhingga juga kita panjatkan kerana masih lagi mengekalkan kita didalam rahmat terbesarNya yakni Al-Islam itu sendiri.... satu anugerah terbesar walaupun kita dapatnya secara tidak lansung,tapi ia adalah satu kesinambungan dari generasi terdahulu yang terlebih dahulu diberi cahaya ini dari Allah SWT.....kalau tidak jadilah kita sepertimana mereka-mereka lain yang masih lagi belum mendapat hidayah ini dari Allah SWT........

Alhamdulillah........

Sedar tak sedar 1432H telah berlalu dan 1433H dah masuk bulan Rabiul Awwal dan 2012M    pun dah mencecah ke 1/3 Februari........tulah dalam kesibukan kita menguruskan diri dan keluarga serta dalam kekalutan kita mencari rezeqi Allah swt diatas mukabumi ini,kekadang kita terasa masa berlalu begitu pantas sekali.....semoga segala gerak kerja kita ini turut dikira sebagai amal qhowi kita yang boleh kita bawa bersama bila kita mengadap Allah swt nanti..... konsep Islam As Our Way Of Life ini perlu berjalan senantiasa dalam kehidupan kita agar segala kerjabuat kita adalah amal soleh kita yang boleh kita bawa bersama nanti waaima apa kita buat, samada di pejabat,sekolah dan juga diluar waktu pejabat atau sekolah..... semuanya kita juruskan untuk kita cari redho Allah swt dalam semua hal..... barulah segala kepenatan kita menguruskan diri, keluarga dan urusan kerja kita dapat kita buat seikhlas mungkin agar catatan yang diterima adalah catatan amal baik kita yang ganjarannya adalah Insya Alah pahala dari Allah swt......

Anakcucucicit TokSomTokWanNasir sekelian......

Adalah menjadi harapan ditahun baru ini azam kita juga dapat kita perbaharui agar ianya adalah azam yang lebih baik dari tahun sebelum ini....agar azam ditahun ini adalah lebih realistik dan mampu dicapai dan digapai oleh kita semua......Insya Allah, jika kita sentiasa bina dan jaga akan hubungan intim kita dengan Allah SWT... maka semua yang kita buat akan sentiasa kita hubungkan denganNya....

  " Kita merancang dan Allah merancang dan perancangan Allah itulah sebaik-baik perancangan..."

Apa saja yang kita buat,kita minta Allah swt tunjukkan kepada kita jalan yang terbaik.....
samada kita sebagai seorang pelajar,guru,pekerja,bekerja sendiri dan sebagainya kita harapkan yang terbaik dari Allah swt kepada kita........
Kita yakin dengan janji-janji Allah kepada hamba-hambaNya dimana Allah swt tidak akan mengubah keadaan atau nasib sesuatu ummat itu sehinggalah ummat itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.....yakni kita yakin Allah swt akan bagi yang terbaik setelah kita berusaha untuk cuba dapatkan yang terbaik itu..... yang terbaik itu tak akan datang bergolek tanpa usaha yang kuat dan gigih dari kita sendiri.....jadi buat Anakcucucicit TokSomTokWanNasir semua,berusahalah sebaik mungkin kerana kita yakin akan pertolongan Allah swt ini.....kita yakin hanya Allah swt sahaja yang mampu membantu kita dalam apa hal sekalipun.....sebagai pelajar, berusaha dan berdoalah bersungguh- sungguh serta bermunajatlah kepada pertolongan Allah SWT dengan penuh pengharapan....begitu juga dengan kita yang dah bekerja dan ini...mohonlah kepada Allah dengan juga bermunajat dan berdoa kepadaNya......

Akhir kata, semoga tahun ini akan membawa seribu kejayaan dan kebaikan buat kita semua.....

Yang baik itu dari Allah SWT jua dan yang kurang baik itu adalah dari diri kita sendiri sebagai hambaNya yang dhoif ini.....


Wasssalam....

Pak Su Jaman
17 Rabiul Awwal 1433/10 Februari 2012