Wednesday 22 December 2010

Siapakah mereka & apa kelebihannya ?



10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Serta Tidak Reput
Dari blog Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
(Al- Baqarah :159)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah SAW : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari kiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah SAW : "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila kiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan."

"Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka."

"Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku"

10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati ialah :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : "Apabila datang hari KIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.'
(Surah Al-Baqarah : 237)

Semoga artikel yang disiarkan ini memberi manfaat kepada kita semua anakcucucicittoksomtokwannasir agar ianya menjadi panduan dan ilmu yang berguna untuk persediaan masa hadapan dialam yang tidak berguna lagi semua yang ada didunia ini melainkan mereka yang mendapat redho Allah dan kembali betemu dengan Rabbnya dalam keadaan hati yang aman sejahtera.

Wallahuallam....

Wassalam...

Pak Su Jaman

Tuesday 21 December 2010

STAM & SPM Dah Habih....apa program anda?...



Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi mengizinkan kita untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan dan kelansungan hidup kita diatas mukabumiNya ini....

Anakcucucicittoksomtokwannasir sekelian......

STAM dah lama habih,..SPM baru saja habih....tahniah dan selamat datang kealam lepasan sekolah.....apa aktiviti dan cadangan anda semua....
Adalah diharapkan agar anda semua akan dapat merancang penggunaan masa yang ada dengan sebaik mungkin agar ianya tidak terbuang begitu sahaja kepada aktiviti2 yang tidak bermanafaat dan berfaedah....gunakanlah masa muda yang ada ini dengan sebaik mungkin kerana apabila ianya berlalu,ia tak akan berpatah balik lagi....gunakan masa mudamu sebelum tua,...masa sihatmu sebelum sakit,...masa senangmu sebelum susah...dan lagi....
Adalah diharapkan anakcucucicittoksomtokwannasir sekelian akan dapat berfikir sebaik mungkin untuk memanfaatkan masa yang Allah bagi ini....terutama untuk peningkatan diri dan juga kerja2 ISLAM untuk menyediakan diri kita buat bekalan dihari kemudian nanti....yakni pada hari yang tidak berguna hartabenda dan anakpinak kecuali mereka2 yang kembali untuk bertemu dengan Tuhannya dengan hati yang Salim...

Wallahuallam....

Wassalam...


Pak Su Jaman

Wednesday 15 December 2010

Kisah Saudagar Beristeri Empat - Siri kisah teladan

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”



Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.



Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

*Sedutan siri kisah teladan untuk renungan bersama.

Wassalam....

Pak Su Jaman

Saturday 27 November 2010

Peperiksaan SPM sedang berjalan...teruskan JIHAD anda...


Jihad diteruskan ......pastikan anda cukup bersedia menghadapinya....
Semoga anda akan berjaya mendapat apa yang dijanjikan termasuk harta ghanimah dsbnya....dan yang lebih pentingnya adalah janji2 Allah pada orang2 yang beriman.....yakni SYURGA Allah yang maha luas dan penuh kenikmatan.......
Jihad akedemik anda adalah sebahagian dari itu...yakinlah.....InsyaAllah....

Wallahuallam.....

Monday 22 November 2010

SPM,STPM & STAM --- Dah bermula...

Alhamdulillah,..Syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua kita masih lagi dapat meneruskan saki-baki dari sisa-sisa kehidupan diatas dunia yang fana ini......
Terlebih dahulu Pak Su ingin mengucapkan....
` SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPM BUAT ANAKCUCUCICITTOKSOMTOKWANNASIR SEMUA TERUTAMA BUAT BANG TEH DAN JUGA MUHAMMAD MUN'IM YANG SEDANG BERTUNGKUSLUMUS MENGAMBIL SPM,BEGITU JUGA DENGAN BANG CIK SULHI YANG DAH SELESAI STAM DAN YANG LAIN-LAINNYA........Semoga Kejayaan mengiringi anak-anak semua.....yakinlah dengan pertolongan Allah SWT setelah kita berusaha dengan semammpu yang mungkin....seterusnya bertawakkal dengan berdoa dan mengharapkan bantuan Ilahi didalam setiap kerjabuat kita......
Tetapkan Iman dan pastikan kesihatan yang baik sepanjang bulan peperiksaan ini....
Macam selalu Pak Su mengingatkan....
` WE DO THE BEST AND LET ALLAH DO THE REST '...INSYA-ALLAH.....

..........SEMOGA BERJAYA..........

Monday 15 November 2010

Zulhijjah & Aidul-Adha -Beberapa Persoalan


Diambil dari blog Ustaz Zaharuddin.net

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب


Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم


Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها


Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya:

"tidak boleh !"

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan.

Wallahu 'alam....
* Semoga artikel yang diambil dari blog Ustaz Zaharuddin.net ini ada manfaatnya untuk kita semua anakcucucicittoksomtokwannasir sekelian.....

Thursday 11 November 2010

Banjir..Oh Banjir....

Pertama-tamanya marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan perkenanNya jua kita masih lagi mampu bernafas dan menghirup udaraNya yang nyaman dan segar diatas mukabumiNya ini,Alhamdulillah....

Syukur juga kita sebagai anakcucucicitTokSomTokWanNasir masih lagi dapat meneruskan usaha kita untuk terus menghubungkan tali silaturrahim ini dalam rangka dan usaha kita untuk sama-sama mencari sedikit dari redho Allah diatas mukabumiNya ini.

Ahad,tanggal 23 Zulkaedah 1431 bersamaan dengan 31Oktober 2010 yang baru lalu hujan mula turun dengan lebatnya tanpa henti-henti selama tiga hari tiga malam sehinggalah air mula melimpah diatas mukabumi Allah ini bermula diUtara Kedah dan Perlis dan mula menjalar turun keseluruh Kubang Pasu,Padang Terap,Kota Setar hinggalah ke hampir sebahagian dari Alor Setar dan terus ke Kuala Kedah dan kawasan sekitarnya.Dari mulut orang-orang lama yang hidup melebihi 50tahun ,pada mereka inilah banjir terbesar yang melanda bahagian utara Kedah ini dari ingatan mereka,ini ada berbetulannya dengan fakta-fakta semasa yang turut menyaksikan kawasan-kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini tapi pada kali ini telah dilimpahi air hingga keparas pinggang dan dada dan ada yang hanya setakat paras lutut sahaja.
Banyak kawasan-kawasan perumahan yang telah ditambun tanah dengan mengambilkira tahap paras air tertinggi tapi kali ini telah dinaiki air kecuali beberapa kawasan tertentu sahaja,fanomena alam kali ini telah mengubah fakta hidrologi yang telah digunapakai didalam rekabentuk struktur dan perancangan sebelum ini.Ini satu yang perlu sama-sama kita fikirkan,perubahan struktur mukabumi dan perubahan cuaca yang tidak menentu serta beberapa fanomena alam yang berlaku yang sememangnya memerlukan kita sebagai ummat Rasulullah SAW dan juga sebagai Hamba Allah kepada pencipta Alam ini perlu juga berfikir dan merenung sejenak akan semua peristiwa dan apa yang terjadi ini kerana kita yakin bahawa tidaklah Allah SWT jadikan ini semua dengan sia-sia melainkan ianya menjadi iktibar bagi kaum yang berfikir.


Sebahagian dari anakcucucicittoksomtokwannasir ada juga yang terlibat dengan banjir kali ini. Rumah Ngah Nab diAlor Jawi yng sememangnya sinonim dengan banjir ini tapi kali ini air naik hingga keparas dada yang memaksakan semuanya terpaksa berpindah diarahkan mencari tempat yang lebih selamat.Ngah Nab dan keluarga pada mulanya berpindah kerumah sewa anaknya Mahani di Taman Pulai Jaya pada hari selasa ketika air dah mula naik paras pinggang tapi kemudiannya terpaksa dipindahkan pula kerumah Mahani di Jabi yang lebih tinggi kerana rumah diTaman Pulai Jaya juga turut dinaiki air pada petang Khamis 4 November 2010 itu.Taman Pulai Jaya dinaiki air paras lutut,satu yang tak pernah berlaku sebelum ini.Kedai kilang kicap Pak Su turut dinaiki air paras betis tapi alhamdulillah rumah diTaman Kelana tidak dinaiki air.
Hari tu lalu kat Kuala Sungai ada juga tengok rumah Pak Mertua saudara kita Khilmie,rumah Pak Uzir juga turut dibanjiri air serta kawasan sekitarnya.
Rumah Pak Cik Ghazali tak dinaiki air tapi sawah padinya semuanya ditenggelami air yang memerlukan usaha semula dengan belanja baru yang agak tinggi, begitu juga dengan yang lain-lainnya yang mana sawah padi mereka turut ditenggelami air.

Begitulah fenomena banjir kali ini yang agak besar yang melanda kawasan Kedah Utara ini.
Bagi yang terlibat adalah diharapkan kita dapat sama-sama bersabar dengan ujian Allah SWT ini dan tabah menhadapinya serta banyak berdoa memohon rahmat dan keampunan serta limpah rezekinya agar doa kita tersebut dimakbulkan Allah SWT.
Bagi yang tidak terlibat dengan banjir ini adalah diharapkan jua dapat turut merasai akan musibah yang melanda ini dan dapat sama-sama kita mengambil pengajaran darinya.
Apa yang baik itu adalah dari Allah SWT jua dan kurangnya adalah dari diri kita sendiri sebgai hambanya diatas mukabumi ini...
Setiap yang berlaku itu itu ada sesuatu yang perlu difikirkan disebaliknya...marilah sama-sama kita menjadi kaum yang berfikir dengan kejadian yang Allah SWT jadikan ini...

Wallahualllam.....

Pak Su Jaman

Friday 29 October 2010

Berusaha dan Mengharap Pertolongan Allah - Satu siri teladan dari Sirah Nabawiah

Rumah Rasulullah saw sudah dikepung. Sebelas penjahat dari beragam kabilah bersedia di persembunyian mereka. Masing-masing siap sedia dengan senjata terhunus. Mata mereka nyaris tidak berkedip mengawasi setiap celah yang memungkinkan Rasulullah saw keluar.
Dalam situasi yang sangat genting itulah, Rasulullah saw menyuruh Ali bin Abi Thalib untuk tidur di tempatnya sambil mengenakan selimut yang biasa dipakai beliau.
Kemudian, baginda keluar rumahnya tanpa diketahui para pengepungnya. Rasulullah saw langsung menuju rumah Abu Bakar as-Sidiq. Lewat pintu belakang, keduanya menempuh perjalanan ke arah selatan. Keduanya tiba di gua Tsur di atas puncak sebuah bukit yang cukup tinggi. Selama tiga hari keduanya bersembunyi di gua tersebut.
Setelah mengetahui keadaan cukup aman, ditemani seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith, Rasulullah saw. dan Abu Bakar ra. meneruskan perjalanan kearah selatan. Setelah melewati daerah pantai dan daerah sepi yang nyaris tidak pernah dilewati orang, mereka berbalik kearah utara menuju Madinah. Pada Isnin, 8 Rabiul Awal tahun keempat belas dari kenabian, bertepatan dengan 23 September 622 M, Rasulullah saw tiba di Quba’. Disana baginda mendirikan masjid dan tinggal selama 4 hari. Setelah itu bersama beberapa orang sahabat yang menjemputnya, baginda bergerak menuju Madinah.
Kisah perjalanan hijrah Rasulullah saw tersebut tidak asing lagi bagi kita. Sebuah kisah perjalanan yang sarat dengan pelajaran. Ia tidak hanya menjelaskan peristiwa pindahnya Rasulullah saw dari tanah kelahirannya, Mekah, menuju negeri hijrah, Madinah. Namun kisah ini menyimpan beragam strategi, taktik, dan siasat jitu menghadapi musuh yang boleh kita teladani.

Keberhasilan Rasulullah saw menyelamatkan diri dari kepungan dan kejaran orang-orang yang ingin membunuhnya itu, tidak cukup dijelaskan semata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi sisi usaha Rasulullah saw sebagai seorang manusia pun sangat nyata. Bahkan, kalau diteliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci keberhasilan setelah segenap usaha dilakukan.

Untuk mengelabui mereka yangmengepung rumahnya, Rasulullah saw menyuruh Ali bin Abi Thalib tidur mengenakan selimutnya. Baginda juga sudah memperkirakan, musuhnya akan mengejar ke arah Madinah. Untuk itu baginda bersembunyi di gua Tsur yang letaknya berlawanan dengan arah Madinah. Rasulullah juga menyuruh Amir bin Furairah, mantan hamba Abu Bakar ra. untuk menggembalakan kambing di sekitar dan sepanjang jalan ke gua. Selain untuk diambil susunya, juga untuk menghilangkan jejak.

Untuk mengetahui keadaan lawan, Rasulullah saw menyuruh Abdullah bin Abu Bakar menginap bersama mereka di gua dan sebelum matahari terbit ia sudah berada kembali di Mekah. Dengan demikian, Rasulullah saw mengetahui semua perancangan orang-orang kafir yang terus mencari dan ingin membunuhnya. Sebaliknya, orang-orang kafir tidak pernah curiga kerana Abdullah bin Abu Bakar selalu bersama mereka di siang hari.

Selama tiga hari bersembunyi di dalam gua, Rasulullah saw dan Abu Bakar tidak kelaparan kerana Asma’ senantiasa mengirimkan makanan buat mereka. Dengan cerdik puteri Abu Bakar itu menyelipkan makanan di pinggangnya. Justeru dalam sejarah dia dikenali dengan Dzatun Nithaqain (pemilik dua ikat pinggang).
Namun semua itu hanyalah usaha maksima manusia. Yang berhak menentukan keberhasilan hanyalah Allah. Buktinya, walaupun Ali bin Abi Thalib sudah diperintahkan tidur di tempat Rasulullah saw, namun ada juga diantara para pengepung yang sempat mengetahui bahawa Rasulullah sudah keluar. Kekuasaan Allah lah yang mampu menutup mata dan hati para pengepung sehingga Rasulullah saw berhasil menyelamatkan diri.

Walaupun sudah berusaha semaksima mungkin mengatur siasatan, tetap juga para pengejar Quraish berhasil menemui tempat di mana Rasulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi. Hanya kekuasaan Allah-lah yang mampu menggerakan hati orang-orang kafir itu untuk tidak memasuki ke dalam gua. Kekuasaan Allah juga yang menggerakkan hati burung merpati untuk bertelur di pintu gua. Kekuasaan Allah juga yang menggerakkan labah-labah untuk merangkai sarangnya menutupi pintu gua. Dengan demikian orang-orang kafir yang saat itu sudah berdiri di muka gua, tidak curiga kalau di dalamnya ada Rasulullah saw dan Abu Bakar sedang bersembunyi.

Walapun sudah berusaha semaksima mungkin memilih jalan paling selamat ke Madinah, tetapi tetap sahaja Suraqah bin Naufal mampu menemukan mereka. Sekali lagi hanya kerana pertolongan Allah yang menyebabkan kaki kuda Suraqah terperosok sehingga menyebabkannya tidak sanggup menangkap atau membunuh Rasulullah saw.

Tidak hanya pada peristiwa hijrah perkara ini terjadi. Menghadapi pasukan Ahzab yang jumlahnya berlipat ganda, Rasulullah saw dan kaum Muslimin sudah berusaha semaksima mungkin. Untuk membentengi diri dari serbuan musuh, kaum muslimin sudah menggali parit yang mengelilingi hampir setengah keliling Madinah. Rasulullah saw pun menyuruh Hudzaifah Ibnul Yaman untuk mengintai keadaan lawan. Baginda juga mengizinkan Nuaim bin Mas’ud untuk memecah belah pasukan musuh. Namun, bukan itu yang membuat lawan kalah. Bukan itu yang menyebabkan lawan tercerai berai. Itu hanyalah usaha manusia. Yang memenangkan pertempuran adalah Allah. Dengan hanya mengirimkan angin, Allah swt. membuat pasukan Ahzab kucar kacir. Mereka lari tunggang langgang meninggalkan medan pertempuran dengan rasa takut yang mencekam.
Begitulah perjuangan. Ia tidak hanya menuntut kerja keras yang maksima, tetapi juga memerlukan pertolongan dari Allah swt. Sebaliknya, pertolongan dari Allah tidak hanya turun begitu saja tanpa usaha yang maksima.

Malahan datangnya pertolongan Allah itu bersyarat. Ia hanya akan datang kepada mereka yang sudah berusaha menolong agama-Nya. Allah berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu,” (QS. Muhammad:7)

Jadi jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama-Nya. Pertolongan Allah menuntut pengorbanan dan keikhlasan dalam bekerja melaksanakan amal Islami.

* Artikel ini dipeetik dari ruangan blog Haluan Tarbawi untuk tatapan dan renungan kita bersama anakcucucicitTokSomTokWanNasir semua agar ianya bermanfaat untuk dijadikan teladan dan panduan dalam kerjabuat kita sehari-hari yang sememangnya sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan dari Allah SWT wa-aima apa kerja sekalipun samada kita sebagai pelajar,pekerja surirumah atau sebagainya.....

Bersesuian dengan musim peperiksaan ini amatlah sesuai kita memperbaharui niat dan azam kita dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh disamping sentiasa mengharapkan pertolongan dan rahmat dari Allah SWT.....
Salam Kejayaan untuk semua anakcucucicit TokSomTokWanNasir sekelian.......
Semoga Kejayaan dalam hidup ini senantiasa bersama dengan kita.....

Wallahuallam.....

Pak Su Jaman

Friday 22 October 2010

Exam dan exam... Universiti,SPM,STPM,SMRAM dll.....


Artikel ini diambil dari Blog Langit Ilahi oleh Saudara Hilal Ashraf untuk renungan dan tatapan kita semua anakcucucicit toksomtokwannasir yang sedang,akan ataupun yang telah mengambil exam agar sama-sama faham akan tanggungjawab kita sebagai pelajar atau sebagainya....satu motivasi dari Hilal Ashraf,Jordan University,Irbid.
---------------------------------------------------------------------------


Exam dan Exam..

Jadi saya fikir, saya buat satu post berkenaan dengannya. Dengar kata, musim exam sudah semakin hampir untuk pelajar-pelajar universiti dan juga sekolah-sekolah di Malaysia. Yakah? Saya dengar sahaja. Sebenarnya, Jordan pun sudah hendak mula exam.

Tetapi saya biasanya tak fikir sangat periksa.

Namun itu tidaklah menjatuhkan martabat kepentingan peperiksaan.

Periksa tetap penting. Walaupun saya tak fikir sangat fasal periksa.

Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.


Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.
onb

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.

Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.

Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?

Fahamkah kamu maksud ayat ini:

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.

Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?

Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?

Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.

Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.

Tidakkah anda melihat.??

Posted in: Motivasi, Tazkirah.

*Note
Artikel ini sengaja dimuatkan disini untuk tatapan anak-anak Pak Su yang akan dan sedang bertungkuslumus menghadapi peperiksaan sekarang ini,ingatlah seperti kata penulis dan juga Tuan Professor bahawa menuntut ilmu ini adalah satu amanah yang perlukan kesungguhan yang tinggi dari kita semua...usaha dan usaha dan terus berusaha dan barulah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah....seperti ayat ali Imran;159 tersebut....so anak-anak CucucicitToksomTokwanNasir sekelian ..ayuhlah...kayuhlah bahtera kamu dengan dayungan menuju kegarisan akhir ini dengan dayungan kejayaan....pecutlah dipecutan akhir ini dengan pecutan Hussain Bolt di 100m yang terakhir....Insya Allah kejayaan akan bersama dengan kita.....
Kata-kata dari Pak Su untuk semua.....
" Work hard and do your best,be the best of the best....and Let Allah SWT do the rest for us...." May Allah bless us with his Rahmah and RahimNya....Amiinn..


" Selamat menghadapi Peperiksaan dan semoga berjaya..."

*

Friday 15 October 2010

Peringatan Agar Tidak Tertipu Dengan Amalan Sendiri


Assalamualaikum wrth.
Semoga semua anak cucucicittoksomtokwannasir semuanya berada dalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya dalam semua urusan kehidupan.

Alhamdulillah,pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan jutaan kalimah syukur yang tidak terhingga kita kehadrat rabbul jalil Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenannya jua kita masih lagi dapat menghirup udaranya yang nyaman dan segar ini serta masih lagi mengizinkan kita untuk terus berada dalam Islam yang mulia sebagai hambanya diatas mukabumi ini.

Anak cucucicittoksomtokwannasir sekelian,marilah sama-sama kita hayati apa yang terkandung dalam artikel ini untuk sama-sama kita didik hati-hati kita agar sama-sama berhati-hati dalam menjalani kehidupan harian kita agar kita tidak tertipu dengan apa yang ada pada kita serta kerjabuat kita sehari-hari yang mana apabila dibuka buku catatan kita nanti ianya adalah satu catatan kosong sahaja, semoga risalah ringkas ini dapat mengingatkan kita agar kita tidak termasuk dalam gulungan yang tertipu tersebut,wallahuallam.
--------------------------------------------------------------------------------
Imam Al-Ghazali mengatakan ada dikalangan manusia yang tertipu oleh keadaan, ilmu, dan amal yang dilakukannya. Mereka yang tertipu bukan hanya terdiri dari gulungan abid (banyak ibadah), tetapi termasuk juga dari kalangan orang yang alim (berilmu).
Pertama,
Orang yang mempelajari ilmu agama dan ilmu lain, tetapi ia tidak mengamalkan ilmunya. Ilmu tidak mendekatkan dirinya kepada Allah, menjauhkannya dari yang haram, dan membentuknya berakhlak mulia. Ilmu yang dimiliki orang tersebut tidak berharga kerana tidak membuahkan amalan yang baik. Pemilik ilmu ini termasuk orang pertama dan paling berat mendapat azab Allah di akhirat. Nabi SAW bersabda,;

‘’Orang yang paling berat mendapat azab Allah adalah orang yang alim (berilmu), tetapi Allah tidak memberikan manfaat kepadanya melalui ilmunya. Ia salah seorang dari tiga golongan orang yang dikabarkan Nabi yang pertama merasakan azab api neraka.'’ (Al-Hadis).

Kedua,
Orang yang banyak beribadah dan berupaya memberatkan diri melakukan amalan lahir, seperti memperbanyak solat sunat dan puasa sunat. Namun, ia mengabaikan penelitian terhadap hati dan menyucikan hatinya dari berbagai penyakit batiniah, seperti iri, dengki, riya, dan sombong. Penyakit batiniah bukan hanya membuat amalnya tidak bernilai, tetapi juga merosak dirinya. Sesungguhnya Islam ingin mewujudkan keseimbangan antara amalan lahir dan batin, ibadah yang banyak dan berkualiti serta kesucian hati. Nabi SAW bersabda,;

‘’Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupamu dan harta yang kamu miliki, tetapi Ia melihat kepada hati dan amalmu.'’ (Al-Hadis).

Ketiga,
Orang yang beribadah kepada Allah dengan penuh berhati-hati, tetapi sikapnya tersebut sampai pada batas menyulitkan dirinya. Sikap berhati-hati memang dianjurkan oleh Islam, tetapi tidak boleh sampai menyulitkan. Sebab, Allah menginginkan kemudahan kepada umatnya dalam pelaksanaan Islam, seperti firman-Nya,;

‘’Allah menginginkan kemudahan kepadamu, dan Ia tidak menginginkan kesulitan terhadapmu.'’ (QS 2: 185).

Terlalu berhati-hati yang berlebihan tampak pada orang yang dihinggapi rasa waswas oleh godaan syaitan ketika berwudhu. Orang itu berkumur-kumur berulang kali dan menggosok dengan keras ketika air wudhu mengenai kulitnya. Orang yang berwudhu seperti ini tertipu oleh amalnya kerana Islam tidak menuntut seperti itu. Yang penting basuhan air wudhu cukup apabila telah membasahi anggota wudhu.



Alangkah baiknya sikap berhati-hati yang berlebihan ketika berwudhu ini dipakai dalam mencari rezeki halal. Dalam Islam mencari rezeki halal mempunyai kedudukan yang penting. Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan turut menentukan keberkahan serta keberkatan hidup seseorang Muslim itu. Dan, pengabulan doa hamba oleh Allah berrkait rapat dengan kebersihan rezeki yang dicarinya.
Nabi SAW bersabda,;
‘’Seorang laki-laki yang telah jauh perjalanannya, berambut kusut, penuh dengan debu, dia menadahkan kedua tangannya ke langit dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku,’ sedangkan makanan, minuman, dan pakaiannya haram, serta dikenyangkan dengan barang haram, maka bagaimana akan dikabulkan permintaannya (doanya).'’ (HR Muslim).

Anak cucucicittoksomtokwannasir sekelian;
Semoga dengan ini kita dapat lebih berhati-hati dalam menerjakan amal soleh, antara ilmu dan amal haruslah seimbang. Jika kita ingin mengerjakan amal soleh tetapi belum tahu ilmunya adalah lebih baik kita berguru dan bertanyakan kepada yg lebih tahu (Ahlinya).jika kita telah tahu teruskanlah saja dengan amalan kita semoga ianya diterima disisi Allah SWT sebagai amal soleh kita.

Wallahuallam....

Abu A’tiyyah

*Artikel ini diambil dan diolah serta dieditkan untuk sama-sama kita mendapat manfaat darinya dalam rangka dan usaha kita untuk mendidik diri dan hati-hati kita agar dapat menjadi hambaNya yang sebenar diatas mukabumi ini,Insya Allah.

Saturday 18 September 2010

Puasa Enam


Soalan: Saya ingin bertanya tentang puasa enam pada Bulan Syawwal. Sejauh manakah kekuatan amalan tersebut? Apakah kita patut puasa selepas hari raya atau mana-mana hari pada Bulan Syawwal? Semasa saya balik kampong, saya berpuasa pada hari raya kedua, isteri saya pula meminta saya berbuka untuk meraikan keluarga yang jarang berjumpa supaya dapat makan bersama. Saya rasa berat sebab kawan-kawan ramai yang terus berpuasa selepas raya. Niat saya hendak beraya puasa enam bersama mereka. Boleh Ustaz jelaskan apa pilihan terbaik untuk saya?

Jawapan: Selamat Hari Raya
TaqabbalLah Minna wa Minkum (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu).
Tahniah juga kepada saudara penanya yang berusaha menjaga amalan sunnat.
1. Asas kepada amalan puasa enam hari pada Bulan Syawwal ini ialah sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

2.
Berdasarkan hadis di atas jelas bahawa puasa enam hari pada Bulan Syawwal adalah sunat. Walaupun al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H) menganggap makruh puasa enam hari pada Bulan Syawwal, namun pendapat tersebut dianggap tidak kuat. Dalam al-Muwatta riwayat al-Imam Malik bin Anas disebutkan:
“Malik berpendapat mengenai puasa enam hari selepas Idil Fitri bahawa beliau tidak pernah melihat ilmuwan dan ahli fekah melakukan puasa tersebut. Tidak sampai kepadanya apa-apa riwayat daripada ulama salaf mengenai hal itu. Ilmuwan memakruhkan puasa tersebut. Mereka bimbang kebidahannya. Bimbang golongan jahil mengaitkannya dengan Ramadan”. (al-Muwatta’, 1/330 –bil: 857. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Maksudnya, beliau menyatakan makruh sebab beliau tidak melihat ahli ilmuwan di Madinah ketika itu mengamalkannya dan bimbang puasa tersebut dianggap wajib oleh mereka yang jahil. Adapun riwayat hadis di atas yang menggalakkan puasa enam hari Syawwal dianggap tidak kukuh disebabkan rawi Sa’d bin Sa’id bin Qais adalah masalah hafalan maka dianggap tidak kuat jika dia bersendirian (infirad) dalam riwayat. Di samping itu al-Imam Malik mengukurnya dengan amalan ilmuwan Madinah pada zamannya yang beliau dapati tidak mengamalkannya.

3. Namun hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. Ketika mengulas kenyataan al-Imam Malik yang melihat tiada ilmuwan pada zamannya mengamalkan puasa enam tersebut, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) berkata:
“Apabila sunnah itu telah sabit, maka ia tidak ditinggalkan hanya kerana ia tidak diamalkan oleh sebahagian, atau kebanyakan atau semua orang sekalipun” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 8/238, Beirut: Dar al-Khair).
Maksud al-Imam al-Nawawi, kita tidak patut meninggalkan sesuatu sunnah Nabi s.a.w hanya kerana melihat orang lain tidak mengamalkannya sedangkan ia telah terbukti sahih riwayat tersebut di sisi ilmuwan hadis dan tiada nas sahih lain yang boleh menolak amalan tersebut. Inilah pendirian sepatutnya terhadap sunnah-sunnah Nabi s.a.w. Jika para ulama di Madinah pada masa al-Imam Malik bin Anas yang ketika masih ramai tabi’in dan sarjana-sarjana besar tidak dijadikan hujah bagi menolak amalan sunnah, apakah kita hari ini kita menolak sesuatu hadis hanya kerana orang Malaysia tidak mengamalkannya, atau ulama Malaysia tidak mengamalkanya? Sudah pasti itu dilakukan, maka terhapuskan banyak sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

4. Berasaskan hadis ini maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara; pertama, berpuasa pada bulan Ramadan. Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal. Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.

5. Berdasarkan aturan ungkapan dalam hadis ini, maka yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunai keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.

6. Terdapat perbezaan dalam kalangan ulama; apakah afdal ditunai puasa enam hari pada bulan Syawwal itu sebaik sahaja selepas hari raya secara berturut-turut, atau mana-mana enam hari pada bulan Syawwal itu sama sahaja. Pendapat Mazhab Ahmad samada ditunaikan berturut-turut atau tidak adalah sama sahaja. Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafi’i: Afdalnya berturut-turut selepas hariraya (lihat: Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah 1/380, Beirut: Dar al-Fikr).

7. Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘kemudian dia susulinya’, namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa enam hari tersebut dalam bulan Syawwal sekalipun bukan berturut-turut selepas hari raya. Kata al-Imam al-Nawawi:
“Afdalnya dilakukan puasa enam hari berturut selepas hari raya. Jika dilewatkan sehingga akhir Syawwal tetap mendapat fadilat ‘disusuli enam hari’ kerana ia menyusuli enam hari dalam bulan Syawwal” (Syarh Sahih Muslim, 8/238).

8. Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi ketika menjawab persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu berturut-turut selepas hari raya atau tidak, berkata:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

9. Oleh kerana hari-hari puasa enam Syawwal itu ada pilihan, sementara kadang-kadang waktu kemeriahan keluarga itu sukar diperolehi melainkan seperti pertemuan semasa cuti hari raya ini, maka eloklah seseorang tidak berpuasa sunat pada hari kaum keluarga atau sahabat handai menjamu selera. Dia boleh berpuasa pada hari-hari lain yang masih berbaki. Puasa sunnat digalakkan, namun menjaga hubungan silaturrahim dan perasaan kaum keluarga juga amat penting. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w, daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).
Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!). Jelas, baginda tidak menggalakkan berpuasa jika ada jamuan demi menjaga perasaan sahabat handai. Maka menjaga perasaan kaum keluarga lebih utama.

10. Tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Tiada juga ibadat khusus hari raya puasa enam Syawwal seperti ‘solat tasbih hariraya puasa enam’ yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).
Solat tasbih jika hendak dilakukan, jangan dikaitkan dengan hariraya puasa enam atau sebagainya.


Diambil dari artikel yang disiarkan di Internet….. sekiranya ada kebaikan ianya adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan adalah dari kita sendiri….

Wallahuallam……

Pak Su Jaman

Thursday 9 September 2010



Eid Mubarak
Salam Eidul Fitri dari Pak Su Jaman & Mak Su Jamaliah serta anak-anak sekeluarga.
' Taqabbalallahuminnawaminnkum '
( Semoga Allah Menerima Amal Kami Dan Amal Kamu )

Semoga Eidul Fitri kali ini memberi erti dan makna untuk kita semua anakcucucicittoksom....

Wassalam......

Wednesday 8 September 2010

Pengertian Dan Keutamaan Syawal



Oleh : Abu Basyer dan diedit semula oleh Abu Muadz

Assalamualaikum wrth.
Semoga anakcucucicittoksom semuanya berada didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.

Syukur kita kehadrat Allah SWT yang telah memberi kita lagi kemampuan dan juga kekuatan hingga kesaat ini untuk sama-sama meneruskan sedikit lagi dari baki-baki kehidupan kita diperhentian sementara ini,semoga diperjalanan ini dapatlah kiranya kita sama-sama mengutip bekalan untuk kita persembahkan nanti dihadapan Rabbul Jalil Allah SWT, tuhan dan rabb kita apabila kita sampai dipengkalan yang kekal nanti,Insya Allah.Semoga sedikit bekalan yang dapat kita pungut dari Ramadhan kali ini diterima Allah SWT dengan izin dan rahmatnya.

Anak cucucicittoksom yang dirahmati Allah sekelian,
Tinggal beberapa jam saj lagi kita akan sama-sama menyambut kedatangan Syawal 1431H yang bakal tiba.Apabila tiba sahaja 1 Syawal maka kita umat Islam keseluruhannya akan meraikan salah satu dari hari-hari kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita iaitu Hari Raya Aidul Fitri. Salam Eidul Fitri untuk kita semua anakcucucicittoksom , 'Taqabbalallahu min na wa minkum' (semoga Allah terima amal kami dan amal kamu) serta Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Dibulan ini kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Eidul Fitri, dengan suasana yang penuh dengan kegembiraan bertemu dengan kaum keluarga, sanak saudara, teman dan taulan, bermaaf-maafan dan saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Juadah enak berbagai bentuk dan rasa disajikan, kueh mueh dan hidangan istimewa menanti para tetamu yang datang berziarah menandakan ikatan silaturahim bertambah erat diantara sesama muslimin.

Anakcucucicittoksom yang dimuliakan sekelian,
Bulan Syawal adalah bulan yang sangat istimewa kerana sepanjang bulan ini adalah merupakan Hari Raya. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Terdapat banyak keistimewaan di bulan Syawal, di antaranya:

Pertama :Bulan Syawal adalah bulan keampunan.

Sabda Rasulullah s.a.w dan Ibnu Mas'ud r.a. yang maksudnya:"Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat Aidil Fitri, Allah Taala berfirman:
"Hai para Malaikat-Ku, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hamba-Ku yang berpuasa dalam bulan Ramadhan lalu menunaikan solat Hari Raya juga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka."

Lalu ada seruan: "Hai umat Muhammad, kembalilah kamu ke rumahmu masing-masing, sesungguhnya semua kejahatanmu telah diganti dengan kebaikan.”

Maka Allah Taala berfirman: "Hai para hamba-Ku, kamu semua telah berpuasa untuk-Ku dan juga telah berbuka untuk-Ku, oleh kerana itu bangkitlah kamu semua, kamu semua telah diampuni."(Zubdatul Wa'izhiina)

Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia supaya terpesong dan jauh dari rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Dari Wahab bin Munabbih, bahawa dia berkata: Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :"Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: "Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan."

Iblis berkata: "Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah mengampuni umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka sibuk dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya."

Orang-orang yang berakal hendaknya dapat menahan dirinya pada hari Raya, dari segala macam nafsu syahwat serta dari segala yang dilarang, bahkan hendaknya selalu taat untuk-Nya.

Kedua : Bulan yang dikabulkan do'a dan Allah s.w.t melihat dengan rahmat kasih sayangNya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua do'amu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang."(Durratul Wa'izhiina)

Awal pagi Syawal kita disunatkan sembahyang hari raya dan Allah s.w.t menjanjikan keredaan dan kempunan-Nya. Bersabda Nabi s.a.w maksudnya :"Apabila Hari Raya Fitri, maka Allah mengirim para Malaikat. Maka para Malaikat sama-sama turun ke bumi di setiap daerah, lalu mereka berkata: "Hai umat Muhammad, keluarlah kamu semua kepada Tuhan Yang Maha Mulial" Maka ketika mereka telah tampak keluar ke tempat solat mereka,

Allah berfirman: "Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."

Ketiga : Bulan yang merupakan peringatan kepada hari akhirat.

"Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini merupakan peringatan terhadap Hari Raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang, sebahagian dari mereka ada yang pergi dengan berjalan, sebahagian lagi ada yang berkenderaan, sebahagian dari mereka ada yang berpakaian dan ada juga yang tidak berpakaian, sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang indah dan sebahagian yang lain ada berpakaian biasa dan sebahagian ada yang tertawa riang dan sebahagian lain nya ada yang menangis, maka ingatlah perjalanan di hari kiamat, sesungguhnya hai itu pun demikian pula."

Anakcucucicittoksom yang dikasihi,
Disaat inilah akan teruji madrasah Ramadhan yang telah berlalu selama sebulan. Adakah segala amal ibadah dan amal soleh yang telah dilaksanakan dapat direalisasikan di dalam bulan Syawal ini?. Ketaqwaan merupakan natijah Ramadhan .adakah ketaqwaan akan menghiasi hidupmu dan menjadi pakaian yang sentiasa nampak zahir di dalam amalan kehidupan harian? Ingatlah! Taqwa adalah pakaian orang-orang Mukmin, yang sentiasa menghiasi peribadi dan akhlak mereka. Amalan terbaik di bulan ini adalah puasa sunat enam hari mengiringi puasa Ramadhan. Nabi s.a.w berwasiat pada Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud :

"Wahai Ali! Barangsiapa yang mengikut sertakan puasa Ramadhan dengan enam hari di bulan Syawal, Allah menulis baginya pahala puasa satu tahun penuh."

Anakcucucicittoksom yang dihormati sekelian,
Teruskanlah amalan-amalanmu yang telah dilakukan pada bulan Ramdhan, untuk dilaksanakan pada bulan Syawal ini dan bulan-bulan yang akan datang. Bangunlah untuk berqiyamulail dan bertahajjud, berwitir dan membaca al-Qur'an. Pastikan solat fardu di masjid, menghadiri majlis ilmu, sentiasa berwuduk dan tidak meninggalkan solat dhuha. Ringan-ringankan tangan bersedekah pada fakir miskin, anak-anak yatim dan untuk amal jariah. Kurangkan makan dan minum kerana makan yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan menambahkan penyakit dan boleh mengelapkan hati.

Akhirkata ingatlah bahawa belengu yang merantai Iblis dan syaitan telah terlerai. Mereka memulakan tugas baru setelah diikat dan disiksa oleh Allah s.w.t. Mereka ingin membalas dendam kerana dosa orang-orang beriman yang berpuasa telah diampunkan oleh Allah s.w.t. Mereka akan bekerja siang malam untuk mengoda dan menghasut anak Adam untuk melakukan maksiat dan dosa dan melupakan untuk mengingati Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bertanya kepada Iblis bermaksud :"Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"

Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".

Wallahuallam.....

Yang benar dari Allah SWT dan yang kurang adalah dari diri kita sendiri.

Kulillhaqwalaukanamurran....

Akhikumfiddeenn

Pak Su Jaman
( Abu Muadz )

Monday 6 September 2010

Hari-hari Terakhir Meraih Takwa Ramadhan 1431H


Alhamdulillah,Marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana hingga kesaat ini kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan kepada kita untuk terus ber’ubudiyah kepada Allah SWT, khasnya di bulan Ramadhan yang kini telah masuk ke minit-minit terakhir bagi tahun ini.
Dikesempatan ini marilah kita terus berdo’a dan memohon kehadrat Rabbul Jalil Allah SWT agar kita turut termasuk kedalam kalangan hambanya yang mendapat janji-janji RahmatNya, KeampunanNya serta dibebaskan daripada azab di Hari Akhirat nanti. Seperti yang kita maklumi di sepanjang Ramadhan, Rasulullah s.a.w banyak berdo’a di samping ibadah dan amal kebaikan yang ditingkatkan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya berdo’a ketika berbuka puasa kerana do’a ketika itu tidak ditolak oleh Allah SWT .
Hadis Rasullullah SAW;
Maksudnya: “Abdullah Ibn Amru bin al ‘As berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika ia berbuka puasa terdapat do’a yang tidak ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Ibn Majah.)
Ibn Majah juga meriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah RA katanya (Abu Hurairah berkata) :
Maksudnya: “Terdapat tiga (3) do’a yang tidak ditolak (bahkan dimakbulkan oleh Allah) iaitu do’a imam yang adil, do’a orang yang berpuasa sehingga ia berbuka puasa dan do’a orang yang dizalimi.....”
Allah SWT memberi jaminan bahawa Allah sentiasa hampir kepada hamba-hambaNya.
Firman Allah di dalam ayat 186 Surah al Baqarah:
Maksudnya: “Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Rasulullah s.a.w) tentang Aku (Allah), maka beritahulah bahawa Aku sentiasa hampir dengan mereka. Aku perkenankan do’a orang-orang yang berdo’a. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (patuh kepada perintahKu) serta hendaklah mereka teguh beriman kepadaKu semoga mereka mendapat pertunjuk (ke Jalan yang betul).“


Walaupun Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita, tetapi orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT amat sayang dan merasa sedih untuk berpisah dengan bulan yang penuh berkah ini. Abu Mas’ud al Ghifari RA pernah menyebut hadis Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui apa-apa (kelebihan) di dalam bulan Ramadhan, nescaya hamba-hamba Allah ini bercita-cita agar bulan Ramadhan berlaku (berterusan) sepanjang tahun.“

Tetapi realitinya, majoriti masyarakat kini seolah-olah ingin segera keluar daripada Ramadhan dengan mengembar-gemburkan program-program Hari Raya yang sudah tersedia di kaca TV dan media massa. Dan lebih gamat lagi apabila dipestakan dengan pembakaran mercun, meriam buluh dan sebagainya sehingga menenggelamkan suasana ibadah kepada Allah, lebih-lebih lagi dibahagian akhir Ramadhan yang diberkati ini. Sedangkan sepatutnya dibahagian akhir Ramadhan inilah perlu kita lipatgandakan amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Baginda Rasulullah s.a.w melipatgandakan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT khusus dibahagian sepuluh hari yang akhir daripada bulan Ramadhan: tumpuan khusus kepada menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan istighfar, zikrullah, tilawah al Quran, solah dan do’a serta i’tikaf sehingga Baginda Rasulullah s.a.w mengejutkan ahli-ahli keluarganya sama-sama bangun menghidupkan malam Ramadhan.
Maksudnya: “Adalah Rasulullah s.a.w, apabila menjelang sepuluh hari yang akhir daripada Bulan Ramadhan, maka Baginda s.a.w menghidupkan malam-malam hari Ramadhan itu (dengan ibadah) dan mengejutkan ahli keluarganya (bangun beribadah) kepada Allah SWT. Dan Baginda s.a.w mengikat kukuh مئزر nya (ini adalah kata-kata sindiran bahawa Nabi s.a.w tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan jimak) di dalam lingkungan masa tersebut.”
Bagi kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w, sewajarnya mengambil contoh daripada Sunnah Rasulullah s.a.w ini kerana di bahagian akhir Ramadhan ini terdapat satu malam yang dikenali sebagai lailatul qadar yang sangat besar kelebihan dan fadhilatnya: satu malamnya ini melebihi seribu bulan seperti yang telah dinyatakan didalam artikel sebelum ini.
Sesiapa yang Allah SWT pertemukan dengannya ketika beribadah pada malam itu maka itu adalah kurniaan dan nikmat daripada Allah SWT. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui siapakah di kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas dan sungguh-sungguh melaksanakan ‘ubudiyah kepada Allah dengan penuh ketaatan. Namun, Rasulullah s.a.w memberi rangsangan dan mengesa orang-orang yang beriman, menuntut dan mencarinya dengan qasad dan niat mentaati Allah dan beribadah kepadaNya semata-mata.
Abu Said al Khudri RA, juga Abu Dzar RA pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Carilah malam tersebut pada bahagian sepuluh yang akhir daripada Bulan Ramadhan pada setiap (malam) ganjil.” (Muttafaq ‘alaih)
Menurut Fadhilah as Syeikh Darwis Mustafa Hasan dalam kitabnya Hakikat Puasa menjelaskan; oleh kerana penentuan malam ganjil kemungkinan tidak tepat kerana bergantung kepada kepastian awal bulan dan akhir bulan, maka sewajarnya sepuluh malam yang akhir daripada Ramadhan itu dilipatgandakan ‘ubudiyah kepada Allah pada seluruh malam tersebut.
Demikianlah Ramadhan yang sewajarnya diberi perhatian dan penekanan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. Ramadhan yang disifatkan sebagai Madrasah Tarbiyyah (pusat didikan) bagi mengawal hawa nafsu, membentuk diri, menyucikan ruh serta memperteguhkan keimanan dan menambahkan bekalan dalam rangka meneruskan kerja-kerja Islam dengan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.
Professor Muhammad Qutb di dalam kitabnya Manhaj Tarbiyyah Al Islamiyyah pernah membuat bandingan dan perumpamaan antaranya bahawa ibadah khusus di dalam Islam (seperti puasa, zakat, haji dan perkara-perkara yang berkaitan ibarat stesyen bagi orang-orang musafir berhenti mengambil bekalan untuk meneruskan perjalanan yang jauh. Tiada perjalanan yang lebih jauh lagi melainkan perjalanan untuk balik ke alam akhirat, yang tidak diketahui hujungnya. Maka sudah pastilah memerlukan bekalan secukupnya. Ingatlah bahawa sebaik-baik bekalan ialah taqwa.



Oleh itu janganlah sekali-kali dibiarkan diri kita dibawa arus keinginan dan kecenderungan masyarakat sehingga perkara-perkara ibadah itu bertukar menjadi adat dan tradisi serta budaya tanpa merujuk kepada ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Kepelbagaian ibadah di dalam bulan Ramadhan bukan mengikut hawa nafsu. Tetapi ianya berdasarkan ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap sesuatu itu ada petunjuk serta hukumnya. Ada yang wajib, ada yang sunat, ada yang harus dan terdapat juga perkara-perkara yang diharamkan dan dimakruhkan.
Adalah amat dibimbangkan nanti amalan ibadah yang dilakukan itu hanya sia-sia sahaja seperti yang pernah disuarakan oleh Rasulullah s.a.w :
Maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa tidak ada apa yang dia dapat kecuali lapar dan berapa ramai orang yang bangun malam (solat), tidak ada apa yang dia dapat kecuali berjaga malam semata-mata (Riwayat An Nasa’ir, Ibnu majah dan Hakim)
Oleh itu sama-samalah kita menginsafi peringatan Rasulullah s.a.w itu semoga puasa, solat, tarawih, witir , tilawatul Quran , zikir dan do’a kita diterima oleh Allah SWT dan benar-benar menjadi bekalan yang menambah kekuatan khasnya kekuatan keimanan dan ketaqwaan. Bahkan amal ibadah itu ada hubungan dengan kerja-kerja jihad dan pengorbanan di jalan Allah.
Kerana itu ditakdirkan Allah SWT, Peperangan Badar Al Kubra telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah. Pembukaan Makkah telah berlaku pada 10 Ramadhan Tahun 8 Hijrah, Peperangan Tabuk juga berlaku dalam bulan Ramadhan Tahun 9 Hijrah, Islam mula masuk ke Negeri Yaman juga dalam bulan Ramadhan Tahun Sepuluh Hijrah seperti yang terdapat di dalam Sejarah Islam, yang memperlihatkan bahawa amal ibadah di dalam Islam adalah bekalan yang menjana tenaga kerja, tenaga amal dan tenaga jihad di jalan Allah SWT.
Al Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abi Dzar RA, katanya:
"Aku telah bertanya, Wahai Rasulullah ! manakah amalan yang lebih utama? Maka Rasulullah s.a.w menjawab iaitu beriman kepada Allah dan berjihad pada JalanNya (Jalan Allah).“
Di dalam realiti masyarakat sekarang, jihad yang lebih utama untuk kita laksanakan ialah jihad dakwah dan jihad tarbiyyah seperti yang pernah dijelaskan oleh al Ustaz Muhammad Syadid di dalam kitabnya Jihad Di Dalam Islam; dakwah dan tarbiyah (didikan) adalah jihad awal yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berdakwah mengajak kepada deen Allah dan diikuti dengan mendidik mereka yang menerima dakwah itu dengan wahyu Allah SWT sehingga lahir pendokong Islam yang benar-benar beriman dan berpadu tenaga bersama Rasulullah s.a.w melaksanakan tuntutan Islam dengan penuh komitmen dan taat. Mereka disifatkan “ahli Ibadah pada waktu malam dan pahlawan di siang hari”
Kita berdo’a semoga kita juga dikurniakan sifat-sifat demikian oleh Allah SWT melalui madrasah Ramadhan dan kepelbagaian ibadah di bulan yang mulia ini.

Wallahuallam......
Segala yang baik adalah dari Allah SWT jua dan yang kurang adalah dari hamba sendiri.Ambillah yang baik itu kerana yang baik adalah datangnya dari Allah SWT jua dan janganlah kamu termasuk kedalam golongan orang yang ragu-ragu...

Akhikum fiddeen,

Jamal Nasir
( Pak Su Jaman )
*Diedit dari artikel tulisan penulis diruangan Haluan Tarbawi.

Friday 27 August 2010

Malam Lailatul Qadar



Apakah itu malam Lailatul qadar ?
Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
(Al-Qadr: 1-5)
Firmannya lagi:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam yang diberkati.” (Ad-Dukhaan: 3).
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185).

Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa:
“Allah SWT menurunkan Al-Qur’anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun.”
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar karena keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah SWT. Juga, kerana pada ketika itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Nya:

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
(Ad-Dukhaan: 4).
Kemudian, Allah SWT berfirman mengagungkan kedudukan malam Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur’anul Karim:

“Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?”
Selanjutnya Allah SWT menjelaskan nilai keutamaan malam Lailatul Qadar dengan firman-Nya:

“Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan.”

Beribadah di malam itu dengan penuh rasa ketaatan, penuh rasa penghambaan, penuh rasa pengabdian, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya menyamai dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu yang lainnya dimana seribu bulan adalah sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Allah SWT juga menyatakan keutamaan-keutamaannya yang lain, juga keberkatan yang melimpah dengan turunnya banyak malaikat yang turut seta pada malam itu, termasuklah malaikat Jibril ‘alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah SWT. Mereka turun dengan perintah dari rabb mereka yakni Allah SWT. Selanjutnya,Allah SWT menambahkan lagi keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya:

“Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar”
(Al-Qadar: 5)
Maksudnya, malam itu adalah satu malam yang penuh dengan keselamatan dan kebaikan keseluruhannya, tiada sedikit pun yang tidak baik di dalamnya sehinggalah terbit fajar. Di malam itu, para malaikat termasuk malaikat Jibril mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW ada menyatakan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Sabda Baginda SAW:

“Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan hanya sanya pahala dari Allah SWT, niscaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

Tentang waktunya, Rasulullah SAW bersabda:

“Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.

Adapun qiyamul lail itu adalah di dalamnya kita menghidupkan malam tersebut dengan bersolat tarawih, bersolat tahajjud, membaca Al-Qur’anul Karim dengan penuh tadabbur, berzikir, berdoa, memohon keampunan dengan beristighfar dan bertaubat kita dengan rasa rendah diri dan penghambaan sepenuhnya hanya sanya kepada Allah SWT.

Wallahualllam....
** Diedit dan diringkaskan agar mudah difahami,semoga yang baik adalah dari Allah SWT jua,yang kurang adalah dari hamba sendiri..
Ikhlas untuk tatapan kita bersama anakcucucicit Allahyarham Tok Wan Nasir & Allahyarhamah Tok Som

Pak Su Jaman
* Kalau ustaz @ ustazah nak tambah lagi elok la tu....moderator hanyalah penyumbang bagi menghidupkan blog ini semata-mata....semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..

Tuesday 24 August 2010

Nostalgia 70an & 80an


Assalamualaikum wrth.
Semoga anakcucucicit Tok Som dan Tok Wan Nasir semuanya didalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya.....

Alhamdulillah,syukur kita lagi kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya sedar tak sedar kita dah 14hari berada dibulan Ramadhan 1431H ni....semoga bertambahnya hari-hari dalam Ramadhan tahun ini turut menambahkan lagi rasa penghambaan kita kepada Allah SWT walaupun terasa benar semakin lesunya kita,lebih-lebih lagi anak-anak kita yang alhamdulillah turut sama berpuasa walaupun hanya bersahur dengan dua keping nugget dan air milo sahaja.....

Teringat masa Pak Su dok belajaq puasa dulu sekitar awal 70an...bangkit tidor tu kira mata tak berapa boleh nak buka la ,lebih-lebih lagi bila tengok saja cahaya pelita minyak gaih yang kemerah-merahan itu....namun alhamdulillah berkat didikan gigih Arwah Tok Som dibantu oleh kaka-kakak yang lain,masa tu Teh Mah pun masih dok dengan Tok lagi ,tak kawin lagi....boleh la juga makan sog tu....bila time bebuka pulak,masa tu sapa tak posa kena makan kat cerok dapoq..asing tak boleh joint orang posa...lama-lama dia tak mau dok asing dia kena posa juga la....

Masa dulu mana ada letrik lagi,cerah menerang macam hari ni.....Kg Petani pun letrik mula sampai kalau tak silap sekitar tahun 78,tu pun rumah Tok Som tak bubuh pasai tak dak duit nak bayar kat kontraktor letrik sampai dekat seribu,nak amik duit tang mana....jadi bila rumah orang lain dah menyala terang pun rumah Tok anak beranak sekeluarga masih lagi la berpelitakan pelita minyak gaih....nak buat macam mana,tapi Alhamdulillah dapat juga Tok membesarkan kami dicelah-celah cahaya pelita minyak gaih tu....
Teringat lagi masa nak amik periksa SRP dan SPM tu,letak 2 pelita minyak gaih kiri dan kanan,bolehla juga bertahan sampai pukoi 12 malam....Pak Tam masa tu dok Pondok sampailah jadi orang pertama kawasan tu yang dapat pi ke Mesir pada tahun 1978..Cik Pah juga duduk rumah sewa kat Pokok Sena dan Kubur Panjang...
Sesungguhnya segala pengalaman itu semua mengajar kami akan erti kehidupan ini....
Teringat lagi macam mana susah Tok bila anak-anak nak masuk sekolah....tapi dengan sedikit tanah pesaka Arwah Tok Wan yang diusahakan oleh abang-abang dan kakak-kakak yang memberikan zakat kepada kami serta bendang Sekpong peninggalan Tok Wan Ariff kepada Tok tu dapatlah juga Tok mendidik dan menyara kami....

Teringat juga masa belum ada lagi mesin padi,pernah Pak Su dan Pak Tam amik upah mengerat padi Pak Lang Jid,masa cuti tingkatan 3 pun dah amik upah tarik padi dengan upah satu guni ikut dekat atau jauh, ada yang seringgit ataupun 2 ringgit sama dengan geng tua-tua macam Pak Lang Saad,Pak Teh Rahim,Tok Cik Chin dll....itulah antara pengalaman yang susah nak dapat lagi hari ni....

Dicelah-celah kehidupan inilah kami berjuang sambil belajar,dok kampong,tuisyen-tuisyen tu mana ada sangat,tu pun kalau rajin tu kayoh la jugak gerek pi kat Alor Setar...nyaris tak putus asa celah-celah tu..

Alhamdulillah,berbekalkan hanya SPM gred 2, dapatlah juga diterima masuk belajaq Engineering kat ITM, tu pun masuk Pre Diploma dulu....tetapi berkat doa serta keikhlasan arwah Tok agaknya dapatlah jugak menghabiskan Ijazah Kepujian dalam Kejuruteraan Awam ini...
Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga Pak Su kepada jasa-jasa Arwah Tok Som dan juga Abang-abang dan Kakak-kakak yang turut bersama membesar dan mendidik kami lebih-lebih lagi dengan didikan Islam yang diterima dan diamalkan hingga kehari ini....

Akhir kata Siapalah kita tanpa mereka semua....

Wassalam....

Ikhlas

Pak Su Jaman