Friday 19 October 2012

Salam Eidul-Adha......

Salam Eidul-Adha buat Anakcucucicit TokSomTokwanNasir semua..... Assalamualaikum Wrth wbrkth. Alhamdulillah.. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT atas segala limpah kurniaNya kepada kita diatas mukabumiNya ini.....
Syukur kita kerana dengan izinNya masih lagi dipertemukan kita dengan Zulhijjah 1433H kali ini,semoga kedatangan Eidul-Adha kali ini mengingatkan kita akan erti dan hakikat Pengorbanan yang sebenarnya,pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam menjalani hakikat kehidupan sebagai hamba Allah diatas mukabumi ini,pengorbanan yang telah dipercontohkan kepada kita oleh baginda Rasulullah SAW dan juga generasi sahabat-sahabat assabiqun-nal-awwalun dahulu. Hakikat bagaimana sahabat-sahabat telah mengorbankan seluruh hidup meraka untuk ISLAM ini sendiri,Islam yang dapat kita sama-sama kecapi hingga kehari ini..... Semoga Islam yang telah kita kecapi ini akan dapat diteruskan oleh seluruh generasi akan datang secara keseluruhannya...inilah tanggungjawab yang perlu kita pikul..inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan... waaima siapa kita sekalipun..... Sempena dengan Hari Raya Qurban kali ini,alhamdulillah kita anakcucucicit TokSomTokWanNasir setakat ini telah berjaya mengumpul kira-kira 3 ekor lembu untuk di korbankan ditambah dengan satu ekor lagi hadiah korban dari dermawan yang telah juga banyak membantu dalam pembinaan surau Kg.petani sebelum ini,iaitu sahabat kepada Ustaz Muhammad Saufi kita.. Alhamdulillah... Walaubagaimanapun sehingga ini masih ada lagi4 tumpok untuk diisi bagi sesiapa yang berhajat....RM380/= setumpok. Upacara sembelihan korban seperti biasa akan dijalankan dikawasan sekitar rumah Arwah Pak Lang Aziz dan dijangkakan akan dibuat pada hari raya yang ke-2... Semua anakcucucicit TokSomTokWanNasir adalah dijemput kemajlis ini samada yang ada bahagian didalam Korban ataupun yang tidak mengambil bahagian didalam Korban pada kali ini.... Marilah sama-sama kita jalinkan hubungan Silaturrahim sesama kita,kita eratkan hubungan kekeluargaan kita,kita mesrakan jalinan ukhwah Islamiah diantara kita,kita jaga jalinan Genekologi generasi kita dihari yang mulia ini....
Akhir kata marilah kita bermaaf-maafan sesama kita dengan lafaz..; " Taqabbalallahuminnawaminnkum " ( Semoga Allah menerima amalkita semua yakni amal kami dan amal kamu ) Ikhlas Pak Su Jaman Batu Kawan, Penang.