Friday 20 August 2010

Muqaddimah Asal

Thursday, July 1, 2010
Muqaddimah
Assalamualaikum wrth.

Alhamdulillah,marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapatlah kita merasai nikmat Islam yang kita kecapi ini serta masih lagi diberi kesempatan untuk menyedut udara yang nyaman ini.

Syukur tidak terhingga kita kerana didalam jutaan umat manusia yang ada diatas mukabumi ini kita masih lagi dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi hambanya serta ummat kepada NabiNya yang menjadi Nabi akhir zaman ini, sama-samalah kita berdoa agar kita menjadi pengikut kepada Thoiifah yang dipimpin oleh Nabi Akhir zaman ini.

Syukur juga kita kerana dapat menjadi anakcucu Allahyarhamah Tok Som dan juga Allahyarham Tok Wan Nasir yang telah memberikan kita sedikit kesedaran untuk mengambil Islam sebagai pegangan kita yang kuat walaupun dalam serba kekurangan sekadar yang termampu.

Pengorbanan Arwah Tok didalam mendidik anak-anak tak dapat digambarkan lebih-lebih lagi setelah pemergian suami tersayang Arwah Tok Wan dalam usia yang begitu muda iaitu dalam usia lebihkurang 46tahun. Kalau diimbau kembali usia ini sama dengan usia Pak Su sekarang ini yang juga mempunyai 10 orang anak.

Pemergian Tok Wan buat selama-lamanya dikala anak-anak masih lagi kecil dan perlukan kasihsayang dan didikan merupakan satu ujian yang cukup besar buat Tok Som. Dikala itu cuma Arwah Wa Majid, Ngah Zainab dan Pak Nyang Li saja yang baru lepaih berumahtangga, yang lain-lain masih lagi mendaki mencari ilmu dan masih kecil. PakSu dikala itu belum mengerti apa-apa hanya disekitar usia 2tahun dan Pak Su Najib lebihkurang 8bulan. Disini Pak Su amat berterimakasih yang tidak terhingga dan bersyukur diatas pengorbanan arwah Tok yang tak termampu untuk dibalas, begitu juga kepada abang-abang dan kakak-kakak yang turut sama membantu dalam mendidik dan mengasuh kami yang masih kecil dan tak tahu apa-apa dikala itu.Arwah Pak Lang walaupun agak cengei tapi pengorbanannya dalam memberi ilmu AlQuran kepada kami amat besar nilainya yang menjadi bekalan hingga kehari ini.

Kini semuanya itu telah berlalu, Tok,Tok Wan, Wa Jid, Pak Lang dan Pak Ndak telah pergi meninggalkan kita anak-anak serta cucu yang agak ramai yang kini mewarisi organisasi keluarga Tok Som yang agak besar yang terdiri dari anak, cucu,cicit dan akan bersambung seterusnya.

Dikesempatan ini inginlah Pak Su menjemput kita semua anak cucu Tok Som untuk sama-sama turut serta didalam blog ini agar ianya akan dapat berfungsi dengan sebenarnya .Marilah sama-sama kita turut menyumbangkan apa-apa buah fikiran dan idea yang ada untuk kepentingan kita bersama dan juga untuk Islam dan ummatnya secara keseluruhan.

Wassalam.

*Ni muqaddimah asal yang Pak Su buat dulu,tapi pasai tak pandai dia hilang pi tang mana tak tau nak cari..tut-tut ada pulak..boh pi la pasai dah tulih rasa hati dah...
Posted by jabinas at 6:47 PM 0 comments

No comments:

Post a Comment