Thursday 19 August 2010

Salam Pengenalan

Assalamualaikum wrth.
Salam Pengenalan.
Semoga anakcucucicit Tok Som semuanya berada dalam rahmat dan nikmat Allah SWT jua hendaknya.

Alhamdulillah,marilah sama-sama kita mengucapkan rasa penuh kesyukuran kita yang tidak terhingga dengan penuh rasa perhambaan kita kehadrat Rabbul Jalil Allah SWT kerana dengan izin dan limpahkurnia serta rahmatNYA jua masih lagi dapat kita meneruskan sekelumit dari baki-baki kehidupan kita diatas mukabumiNYA ini.Syukur juga kita kerana masih lagi dapat bersama dengan Ramadhan Al-Mubarak lagi ditahun ini,semoga kita semua termasuk dikalangan hamba-hambaNYA yang mendapat rahmat,pengampunan dan juga dijauhkan kita semuanya dari azab api neraka nanti diakhirnya.

Semoga tercetusnya blog ini diharapkan akan dapat menghubungkan tali silaturrahim sesama kita anakcucucicit Tok Som dan Tok Wan Nasir yang telah lama pergi meninggalkan kita,jua semoga ukhwah yang terbina akan terus subur dan disuburkan lagi melalui ruangan-ruangan didalam blog ini.

Pak Su disini hanya sebagai pencetus kepada blog ini dan adalah diharapkan anakcucucicit yang lainnya akan dapat meneruskannya dengan lebih baik lagi.

Segala komen dan artikel yang bermanafaat adalah dialu-alukan.

Semoga blog ini akan menjadi salah satu medan dari medan-medan yang ada untuk kita sama-sama menyumbangkan idea-idea yang bernas serta bahan-bahan yang bermanafaat untuk kebaikan kita semua.

Wassalam.....


Pak Su Jaman

3 comments:

  1. Aslmkm.
    Mai la kita pakat2 tulih apa yang patut....

    Wassalam.

    Pak Su Jaman

    ReplyDelete
  2. nanti raya kita kna panggil suma cucu cicit tok som n tokwan nasir ni sempena pelancaran blog..
    (-;..ok ka paksu..amik gambaq setiap kluarga msuk blog...

    ReplyDelete
  3. Ok la tu...satu cadangan yang baik....nanti kita tengok camna nak atuq....raya ke-2 kira elok la....

    ReplyDelete